Mat's Life For Jiwang
Blog ini dicipta oleh peminat-peminat lagu lama-lama yang terkenal pada tahun 80-90an di Malaysia pada masa itu.Bagi menghidupkan era itu kembali,Sama-sama kita berjuang lagu rock & jiwang kita tak lekang dek panas.Blog ini dibuat pada tahun 2011.Bagi yang mengemarkan koleksi rock tanah air kita,Sama-samalah kita support lagu-lagu rock dulu2.Sekian.

Thursday, January 27, 2011
Saturday, January 22, 2011
Apa Itu Muzik Rock?
Apa itu muzik rock?oleh Blog's CreatorRock ialah sejenis muzik yang mendapat sokongan ramai di zaman yang penuh pancaroba, mula diperdengarkan oleh dua buah kugiran gergasi pop di dunia iaitu The Beatles dan Rolling Stones. Muziknya di kala itu adalah umpama lanjutan dari muzik Rock & Roll yang sering dipersembahkan oleh Elvis Presley, Sha Na Na, Showaddy Waddy dan lain-lain, tetapi muzik rock lebih aggresive (keras/bingit) dari segi dendangannya. Setelah melalui beberapa detik-detik musim, muzik rock terus berkembang sehinggalah terciptanya irama heavy metal rockyang mula diperkenalkan oleh Led Zeppelin.Apa itu heavy metal rock? la adalah salah satu dari cabang muzik rock yang lebih aggressivelagi dari yang sedia ada. Muziknya bingit, cara nyanyiannya menjerit-jerit dan peratus besar dari lagu-lagunya rancak 'gila-gila' mengikut istilah anak-anak muda. Kelihatannya muzik jenis ini menjadi pilihan anak-anak muda dewasa ini. Nama-nama kugiran seperti Iron Maiden,Scorpions, Def Leppard, Dio, Quite Riot dan sebagainya begitu popular kini, lantaran muzikheavy metal yang mereka bawakan itu disenangi generasi baru.Selain dari heavy metal, terdapat banyak lagi cabang muzik rock seperti hard rock, slow rock, jazz rock, blues rock, country rock dan lain-lain sehingga ada pula istilah 'komersial rock'. Malangnya, di tengah kepopularan muzik jenis ini, rock sering benar dicaci dan dibantah oleh sebilangan masyarakat yang lain. Segala macam anggapan buruk, tuhmahan dan tuduhan dilemparkan ke arahnya. Apa puncanya? Tak lain kerana situasi muzik ini yang bingit, diiringi dengan gaya persembahan yang agak liar! Seperkara yang paling 'koman' ialah rock sering dikaitkan dengan najis dadah.... musuh masyarakat paling durjana!! Salahnya jatuh kepada para pemuzik rock sendiri. Seantero (seluruh) dunia telah sedia maklum bahawa pelopor-pelopor muzik rock iaitu kesemua ahli anggota The Beatles dan Rolling Stones adalah para penagih najis dadah...!! Mereka inilah yang harus dipersalahkan kerana telah mengimejkan muzik rock dengan najis-najis dadah sedangkan muzik rock sendiri tidak memerlukan tabiat sebegini buruk!M. Nasir pernah berkata, "Rock adalah muzik yang disukai oleh masyarakat berjiwa memberontak, yang mengambil sikap 'peduli apa'. Mereka tidak suka memikirkan soal-soal yang mengelirukan mereka. Kerana itu mereka sering disalah anggap sebagai golongan yang menentang kelaziman hidup bermasyarakat."Timbul kini suatu pertanyaan, mengapakah setiap kali bila akan diadakan sesuatu konsert rock, maka pasti terdapat bantahan dari segolongan masyarakat; Tak lain kerana muziknya yang bising dan gelagat anggota pemuziknya yang pasti liar ketika di atas pentas. Tetapi perlu disedari bahawa inilah apa yang dinamakan 'rock'.Ramli Sarip ketika diminta pendapatnya berkata, "Setiap jenis muzik itu ada gayanya sendiri, seperti dikir barat, boria, pop, dondang sayang, semua ada gaya persembahannya yang tersendiri, begitulah juga dengan rock. Kalau orang kata dengar lagu rock mengkhayalkan, lagu sentimental yang mengisahkan cinta juga ada masanya lebih khayal sampai boleh hangit nasi di dapur. Cuma rock tu agak keras sedikit. Bagi saya, seseorang yang gemarkan sebarang muzik atau apa saja yang dipersembahkan kepada mereka, jika tidak terlalu memudaratkan, tidak perlu dilarang keras."Oleh yang demikian, seandainya ada saranan dari mana-mana pihak untuk menyekat konsert-konsert rock di sini rasanya adalah suatu saranan yang berat sebelah. Mereka mendakwa penonton konsert rock tak sedar diri, menari terkinja-kinja, menjerit jerit, membuka pakaian dan sebagainya. Bagaimana pula dengan penonton bola sepak? Mereka juga menjerit-jerit tak sedar diri, membuka pakaian, malah lebih dahsyat lagi pemah terjadi pergaduhan hingga roboh stadium dan mengakibatkan kematian! Haruskah pertandingan bola sepak juga disekat sama seperti konsert rock?Kini, sedunia telah menyedari kecelakaan najis dadah. Para pemuzik rock kini sedang berusaha membersihkan muzik rock dengan hakikat 'rock tanpa dadah'. Anggota kugiran Van Halenmengepalai kugiran-kugiran heavy metal yang lain-lainnya dan memimpin mereka ke jalan ini.... rock tanpa najis dadah! Bagi para pemuzik rock di dunia sebelah timur, hakikat muzik rock tanpa najis dadah amat disenangi dan bersesuaian dengan matlamat hapuskan najis dadah musuh negara!! Sebetulnya muzik rock itu bersih, sebersih muzik-muzik lain seperti dangdut, ghazal, asli, boria dan sebagainya. Cuma kelakuan sebilangan pemuzik rock yang telah mengotorinya dengan najis dadah. Para pemuzik rock kini bersama berganding bahu berusaha membersihkan nama rock yang telah lama tercemar itu.Namun demikian, muzik rock ini tetap 'keras' macam batu sifatnya. Muziknya yang bingit, nyanyian yang terjerit-jerit dan gaya persembahan yang liar (aggressive) tetap menjadi identiti kepunyaan rock, tambahan para pemuziknya berambut panjang mencecah ke bahu. Kesemua itu adalah 'seni' bagi muzik rock. Andainya kekurangannya salah satu dari faktor tersebut, maka akan sumbanglah 'seni'nya. Hinggakan titisan peluh yang tersembur di kala para pemuzik rock ini beraksi juga dikira 'seni' rock... Kemungkinan inilah sebabnya mengapa kugiran rock dengan imej yang menakutkan tidak sesuai untuk muncul bermain di siaran hiburan TV Malaysia kerana undang-undang yang memaksa mereka mengikat rambut dan tak boleh bergaya liar itu kesemuanya mencacatkan 'seni' mahupun identiti kumpulan muzik ini?Di manakah rahsianya yang membuatkan muzik rock begitu popular di kalangan masyarakat dewasa ini? Dunia kini semakin moden. Penghuninya sibuk berlumba-lumba meneroka kehidupan baru, mencari kemajuan dan pembaharuan. Dalam kehidupan yang penuh pergolakan ini manusia lebih senang dengan ketegasan dan kehangatan yang dapat menyaingi mereka dalam setiap arus pergolakan. Mereka tidak punya masa lagi untuk hanyut dengan lagu-lagu sentimental (jiwa-jiwa) yang mengkhayalkan dan membuai perasaan....
Thursday, January 20, 2011
Lirik Lagu Wing&Search Gemuruh.
Atas Permintaan Kawan2 dekat sekolah,ini dia!..
Gemuruh
Di dalam gerimis
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yg permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambarkan
Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya
Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang bayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mendambakan
Hidup sedehana,
Menjamahi Hari hari Mimpi Mimpinya..
Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan meratap siksa
Pahit maung madah punjangga
Terbukti kasih
Yg hanya serampang berbisa
Mengukir Gerigis besi kaca
Dan pawaka
Tak tersedar meratapi kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yg permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambarkan
Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya
Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang bayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mendambakan
Hidup sedehana,
Menjamahi Hari hari Mimpi Mimpinya..
Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan meratap siksa
Pahit maung madah punjangga
Terbukti kasih
Yg hanya serampang berbisa
Mengukir Gerigis besi kaca
Dan pawaka
Tak tersedar meratapi kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa
Wednesday, January 19, 2011
Sejarah Penubuhan Kumpulan Desire.
KUMPULAN DESIRE
Sejarah Kumpulan Desire
Kumpulan Desire merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock di Malaysiayang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Pengasas bagi kumpulan Desire ini ialah Razli Hussain (pemain gitar utama) yang telah menubuhkan kumpulan ini pada tahun 1985. Kumpulan Asal Desire ini terdiri daripada Ranzmie (penyanyi), Razli (gitar), Eddie (bass) dan Ali (drum). Kumpulan Desire amat terkenal di negeri Kelantan pada era 80an dan merupakan juara dalam pertandingan Juara Rock Negeri Kelantan pada tahun 1985. Pada tahun 1986 Desire mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan Juara Juara Rock Malaysia (pada ketika itu kumpulan May menjadi juara.). Bagaimanapun Kumpulan Desire tidak berputus asa dan pada tahun 1987, kumpulan ini telah menjadi juara dalam pertandingan Juara-juara Rock Malaysia ke 2. Bertitik tolak dari situ syarikat Polygram telah berminat menawarkan peluang kepada kumpulan Desire untuk merakamkan album pertama.
Pada tahun 1988 Kumpulan Desire telah muncul di persada tanah air dengan album sulung mereka SUMPITAN SENJA yang menampilkan lagu-lagu heavy/speed metal dan slow rock. Album Sumpitan Senja menampilkan Ranzmie sebagai penyanyi utama. Ranzmie yang bersuara nyaring sesuai dengan lagu yang pantas dan agresif, tetapi kurang menyengat untuk lagu yang berentak perlahan.
Pada tahun 1989 Desire merakamkan album kedua mereka berjudul TOLAK CAMPOR KALI BAHAGI. Album ini menampilkan Johan sebagai penyanyi baru mereka setelah Ranzmie mengambil keputusan untuk mengundur diri. Album ini telah menolak naik nama Desire ke peringkat lebih tinggi dalam bidang muzik rock Malaysia dan mendapat anugerah Gold Disc dari Polygram. Genre muzik yang dimuatkan dalam album ini adalah berentak blues rock & hard rock.
Album ke 3 Desire dihasilkan pada tahun 1990 bertajuk KATA KATA KATAdengan Eury Khan pula sebagai penyanyi utama. Genre muzik untuk album ketiga ini lebih kepada R&B dan funky rock. Eury kemudiannya menarik diri dan mengganggotai kumpulan Nobat atau S.O.S pada tahun 1991.
Masalah yang dihadapi oleh kumpulan Desire ialah untuk mengekalkan ahli-ahli mereka. Perpecahan kerap berlaku apabila ada ahli yang mengundur diri bagi menceburi bidang lain. Ini kerana mereka bergiat aktif hanya di Kelantan, Terengganu dan Thailand dan tidak pernah berhajat untuk menetap di ibukota yang mempunyai lebih banyak peluang untuk ke hadapan. Kumpulan Desire ini terus menyepikan diri pada tahun 1991 sehingga 2005 selepas konsert rock diharamkan di Kelantan oleh Kerajaan Negeri.
Pada tahun 2007, Kumpulan Desire muncul kembali dengan album ke 4 bertajuk PUTERI SAADONG. Genre muzik kali ini lebih kepada Pop Rock dan slow rock mengikut peredaran masa. Mungkin kematangan telah membawa kumpulan ini menerbitkan lagu-lagu yang berentak lebih segar dan relaks. Lagu-lagu di dalam album ini dicipta dan diterbitkan oleh kumpulan Desire sendiri.
Ahli-ahli Kumpulan Desire
Ahli Asal (Sebelum menerbitkan album)
- vokal - Ranzmie
- gitar utama - Razli
- gitar kedua - Amir
- bass - Eddie
- drum - Ali
Album : Sumpitan Senja (1988)
- vokal - Ranzmie
- gitar utama - Razli
- gitar kedua - Saiful
- bass - Zuki
- drum - Rosdi
Album : Tolak, Campur, Kali, Bahagi (1989)
- vokal - Johan
- gitar utama - Razli
- bass - Zuki
- drum - Rosdi
Album : Kata Kata Kata (1990)
- vokal - Eury Khan
- gitar utama - Razli
- gitar kedua - Roy
- bass - Zuki
- drum - Bidin
Album : Puteri Saadong (2007)
- vokal - Wadi
- gitar utama - Razli
- gitar kedua - Roy
- bass - Adi/Atid
- drum - Yazid/Lan
Anugerah
- Johan 'Juara Rock Kelantan' (1985)
- Johan 'Juara Juara Rock Malaysia' ke 2 (1987)
Diskografi
- SUMPITAN SENJA (1988)
- TOLAK,CAMPOR,KALI,BAHAGI (1989)
- KATA KATA KATA (1990)
- PUTERI SAADONG (2007)
Sumpitan Senja (1988)
- 1. Sumpitan Senja
- 2. Dian Cinta
- 3. Kekejaman
- 4. Pemergian
- 5. Topeng Wajah
- 6. Kerana Cinta
- 7. Memoranda Luka
- 8. Bersyukur
- 9. Berakhir Sebuah Memori
- 10. Tinggalkan
Tolak Campur Kali Bahagi (1989)
- 1. Tolak Campur Kali Bahagi
- 2. otak ular
- 3. bias cinta
- 4. dosa semalam
- 5. sentuhan
- 6. benar tetap benar
- 7. hakikat cinta
- 8. angkara manusia
- 9. dinasti air mata
- 10. cetusan rindu
Kata Kata Kata (1990)
- 1. Bayang-Bayang
- 2. Kembang Berdarah
- 3. Tarian Gagak
- 4. Hati Menangis
- 5. Perhitungan
- 6. Kata Kata Kata
- 7. Bunga Baldu
- 8. Azazil
- 9. Kenangan Hidupku
- 10. Wau Bulan
[sunting]Puteri Saadong (2007)
- 1. Puteri Saadong
- 2. Perjuangan
- 3. Lara
- 4. Pelangi
- 5. Khayalan
- 6. Ingat Ingat
- 7. Menanti
- 8. Sesat
- 9. Cara Ku
- 10. Tanpa Mu
Piihan Gitar
First,kalau yang jenis main gitar akustik seeloknya bagi beginner mainlah Kapok Brand dulu.Pastu baru beli yang mahal sikit.Yang jenis mat rokc mati-mati nie...klu duit tuh banyak,belilah gitar gibson.Gibson memang petikan gitar dia mengancam.Goreng!!..haha...Yang biasa pown jadi la..Janji Ada Gitar..
sekian~
sekian~
Tuesday, January 18, 2011
Sejarah Kumpulan MAY.
TRIBUTE UNTUK KUMPULAN ROCK LAGENDA

Kumpulan MAY adalah kumpulan rock lagenda. Mereka dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh nusantara ini. MAY bukan sahaja berbakat bermain alat muzik tetapi boleh juga mencipta lagu dan kesemua album mereka diterbitkan sendiri oleh mereka. Setelah sekian lama memperjuangkan muzik hard rock tersendiri mereka, website rekaan aku ini adalah website tribute untuk kumpulan lagenda ini.

Kumpulan MAY telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh empat anak muda yang berasal dari Manjoi, Perak Malaysia. MAY adalah pangkal huruf bagi Man (ketua/drummer), Mus (vokalis), Abu (guitar) dan Yus (bassist). Mulanya MAY adalah ketika mereka menyertai pertandingan Juara Juara Rock 1986. Dalam pertandingan tersebut, MAY telah dinobatkan sebagai juara. MAY berjaya mengalahkan kumpulan kumpulan hebat yang lain seperti Febians, Metalian dan Scandals. Mus telah memenangi anugerah vokalis terbaik dalam pertandingan tersebut. Sebelum terkenal, MAY selalu mengiringi konsert bersama kumpulan SYJ.
Album pertama MAY diterbitkan pada tahun 1987 berjudul 'Dilema' dan diterbitkan sendiri oleh MAY. Sebelum 'Dilema', MAY merakamkan sebuah mini album 'Juara Juara Rock' mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.
Album kedua MAY yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang telah menaikkan nama MAY. Album ini berjaya dijual sebanyak 200 000 unit. Lagu lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi hits lantas menjadi siulan anak anak muda diketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir dalam Muzik Muzik.
Rahsia' adalah nama album MAY yang ketiga. Ia diterbitkan pada tahun 1990. Lagu hits mereka ketika itu adalah 'Gadis Bertudung Putih' dan 'Pahlawan Mimpi'. Lagu lagu heavy mereka dalam album ini seperti 'Pahlawan Mimpi', 'Rahsia Kota' dan 'Black Area' amat diminati ramai.
Pada tahun 1991, MAY telah menerbitkan album keempat mereka berjudul 'Strategi'. Lagu hits adalah lagu 'Strategi' dan 'Abadi'. Album ini juga menampilkan satu lagu ala trash yang berjudul 'A.L.A.M' (Aku Lahir Antara Mereka).
Mus mengundurkan diri sebagai vokalis utama MAY selepas album ini.
Mus mengundurkan diri sebagai vokalis utama MAY selepas album ini.

YANTZEN MENYERTAI MAY
Pengunduran Mus tidak sedikit pun menjejas ahli kumpulan MAY yang lain. Malah mereka berjaya mengantikan Mus dengan seorang penyanyi rock lagenda iaitu Yantzen (bekas vokalis kumpulan Rusty Blade). Bersama Yantzen, MAY telah berjaya menghasilkan empat buah album iaitu 'Ziet Geist' (1992), 'Wira Cyborg' (1993), Layar dan Ideologi (1995). Antara lagu hits mereka adalah 'Meniti Suratan', 'Renda', 'Suci', 'Layar' dan 'Janji'. Bersama Yantzen, MAY juga membuat percubaan baru menghasilkan lagu lagu English. Title lagu lagu English MAY adalah : 'Atomic War', 'Don't Stop MAY From Rock N Roll', 'Vision Of Emotions', 'Obsessions', 'Exorcism', 'Steel Warriors', 'Genocide' dan 'Let's Get Real'. MAY juga telah menghasilkan sebuah telemovie yang berjudul 'Penyu'.
ONEY PULA MENYERTAI MAY
Apabila Yantzen tidak bersama MAY lagi, Oney (bekas penyanyi kumpulan Lipan Bara) pula menyertai MAY. Bersama Oney, MAY telah menghasilkan 2 buah album berjudul 'Penaklukan' (1997) dan 'Keras (1998). Lagu 'Jemu' adalah lagu hits MAY ketika Oney bersama mereka. Album 'Keras' pula adalah album lain dari yang lain MAY kerana MAY telah memetalkan lagu lagu lama. Lagu hits dalam album itu adalah 'Hoi Ho Ya Hoi Lagu Penyamun'.

MUS KEMBALI KEPADA MAY
Setelah album 'Keras', MAY seolah olah lenyap dari industri muzik rock tanahair. Ditahun 2002 ada khabar khabar angin yang Mus mungkin akan kembali kepada MAY. Mus akan kembali pada asal usulnya menjadi vokalis MAY setelah bergiat secara solo, bersama kumpulan Strangers dan Wings. Pada tahun 2003, khabar angin itu menjadi kenyataan apabila MAY mengumumkan tentang album terbaru mereka 'Sinar' dan Mus kembali menjadi vokalis utama mereka. Album 'Sinar' adalah album yang dinanti nantikan peminat setia MAY kerana MAY telah 'menghilang' selama lima tahun. Album ini dapat sambutan hangat dari peminat muzik rock tempatan. Lagu hits dalam album ini ialah 'Sinar', 'Mai Pen Rai', Ketat & Sendat' dan 'Jiwa Karat'. Lagu 'Sinar' ciptaan Mus telah berjaya memasuki pertandingan akhir Muzik-Muzik pada tahun itu. Album 'Sinar' ini juga telah dinobatkan sebagai 'Album Hard Rock Terbaik 2004' Anugerah Industri Muzik (AIM).
Dengan kejayaan 'Sinar', MAY telah menghasilkan sebuah lagi album pada tahun 2005. Album yang bergelar 'Otai Jamm' ini adalah album special buat peminat setia MAY. Ini adalah kerana MAY telah merecord kembali lagu lagu lama mereka seperti 'Hakikat Perjuangan', 'Dari Kacamata', 'Rahsia Kota' & Sendiri dengan muzik yang terkini tetapi tidak hilang dari identiti sebenar MAY. Ada satu lagu baru dalam album ini iaitu 'Dalam'. Album ini juga telah merangkul 'Album Hard Rock Terbaik 2005' Anugerah Industri Muzik (AIM).
Pada tahun 2006, MAY telah mengadakan persembahan Live & Unplugged di Planet Hollywood. Persembahan ini telah dirakam live and telah diterbitkan dalam bentuk album dan VCD. Album ini merupakan album istimewa buat peminat MAY para peminat MAY dapat menonton / mendengar MAY buat persembahan secara live & unplugged. Lagu 'Gadis Bertudung Putih' yang dimain oleh MAY secara unplugged memdapat sambutan hebat. Ada satu lagu baru MAY yang diperform live berjudul 'Siapa Kau'. Yantzen juga turut berduet bersama Mus untuk menyanyikan lagu 'Wira Cyborg' dan memyanyikan lagu 'Meniti Suratan'. Seperti dua tahun yang lalu, album ini juga telah mendapat merangkul 'Album Hard Rock Terbaik 2006' Anugerah Industri Muzik (AIM). Kemenangan ini adalah hat trick dan menjadikan MAY kumpulan pertama yang memenangi anugerah tersebut tiga kali berturut turut.
Otai Jamm 2 adalah album yang menyusul. Ia diterbitkan juga pada tahun 2006. Menariknya album ini ialah Mus telah menyanyikan semula lagu lagu lama MAY yang dinyanyikan oleh Yantzen dan Oney. Antara lagu lagunya ialah 'Taklukan', 'Senjata Gila', 'Resah' dan 'Jemu'. Man selaku drummer juga telah menyanyikan satu lagu 'Bergegar Segunung Rindu'. Ada dua lagu baru dalam album tersebut iaitu 'Hiasan Kalbu' dan juga 'Riwayat Mandolin'.

MAY 2008
Rock Klasik adalah album selanjutnya daripada MAY dan ia diterbitkan pada tahun 2008. Album ini adalah album 'cover version' yang dimana MAY telah memberi penghargaan dan penghormatan kepada kumpulan kumpulan rock yang pernah mewarnai muzik rock tanahair. MAY telah merakamkan kembali lagu lagu popular yang pernah didendangkan oleh kumpulan rock lain yang tak kurang hebatnya seperti Rusty Blade, Bloodshed, Sofea, Medicine, Kris, Mega, Junction, Masa Scarecrow dan juga Olan. Menariknya album ini MAY telah mengundang kembali Yantzen dan juga Oney untuk terlibat sama dalam projek album tribute ini. Walaupun MAY merakamkan kembali lagu lama yang popular, ia tetap diberi sentuhan MAY yang tersendiri. Ada satu lagu baru MAY yang terdapat dalam album ini berjudul 'Pendirian' dimana Mus berganding suara bersama Yantzen dan Oney.
Sejarah Penubuhan Kumpulan Wings.
ejarah penubuhan Kumpulan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situlah empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan yang mereka lakukan. Bermulalah kelahiran kumpulan Wings tetapi kumpulan ini masih belum mempunyai nama.
Anggota asal kumpulan Wings ialah Awie, Jojet, Jo, Syam dan Affife (Nama sebenar Affife Juraimy - pemain tamborine). Affife seterusnya hilang minat untuk bermain muzik dan sekarang bekerja di salah satu telco di ibukota. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet telah berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri.
Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan 2 anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus kumpulan WINGS adalah Bob Lokman.
Pada ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dimana muzik yang dibawakan oleh mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu oleh penggubah terkenal seperti M. Nasir, J.S Kevin, perjudian pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu-lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang `Belenggu Irama` ini.
Lagu-lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu-lagu Wings atas alasan lirik, lagu dan latar belakang Wings yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan. Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran, album ini dikatakan telah terjual lebih 60,000 unit.
Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata para peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
Akan tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dimana Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar telah menarik diri dan kekosongan ini digantikan oleh Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu merupakan anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.
Anggota asal kumpulan Wings ialah Awie, Jojet, Jo, Syam dan Affife (Nama sebenar Affife Juraimy - pemain tamborine). Affife seterusnya hilang minat untuk bermain muzik dan sekarang bekerja di salah satu telco di ibukota. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet telah berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri.
Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan 2 anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus kumpulan WINGS adalah Bob Lokman.
Pada ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dimana muzik yang dibawakan oleh mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu oleh penggubah terkenal seperti M. Nasir, J.S Kevin, perjudian pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu-lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang `Belenggu Irama` ini.
Lagu-lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu-lagu Wings atas alasan lirik, lagu dan latar belakang Wings yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan. Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran, album ini dikatakan telah terjual lebih 60,000 unit.
Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata para peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
Akan tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dimana Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar telah menarik diri dan kekosongan ini digantikan oleh Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu merupakan anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.
Subscribe to:
Posts (Atom)