Blog ini dicipta oleh peminat-peminat lagu lama-lama yang terkenal pada tahun 80-90an di Malaysia pada masa itu.Bagi menghidupkan era itu kembali,Sama-sama kita berjuang lagu rock & jiwang kita tak lekang dek panas.Blog ini dibuat pada tahun 2011.Bagi yang mengemarkan koleksi rock tanah air kita,Sama-samalah kita support lagu-lagu rock dulu2.Sekian.

Tuesday, January 18, 2011
Kisah Kehidupan Vokalist Febians.
Pernahkah korang ingat kumpulan Febians yg meletup sekita ibukota dahulu.Ada yang cerita bahawa Nasha vokalist kumpulan Febians pernah bekerja sebagai pemandu teksi.Akhirnya dia meninggal kerjaya itu dan menubuhkan sebuah kumpulan rock.Nasha sebagai (vocalist) dan lain-lain.Band ini ditubuhkan pada tahun 1983 dan nama asalnya ialah D'Febians.Sebagai Fan dan creator blog ini,setakat yang saya tahu kumpulan ini berpecah akibat sesuatu masalah tidak dapat dielakkan.Pusat Studio utama mereka pada masa itu ialah di Johor Bahru.Syarikat berkenaan telahpun tutup.Nasha telah berpecah dan bergabung dengan Kumpulan Amuk.Ya,Amuk yang cukup popular dengan ayat "YEAH YEAH".Nama asal nasha ialah nashabandi.Kumpulan Febians memanggil dengan nama Nasha tetapi setelah memasuki anggota kumpulan Amuk,namanya sekarang ialah Bandi(Amuk).Sayang sungguh kumpulan ini telah berpecah kerana suara vocalist sudah berubah begitu ketara.Masih ingat lagi sewaktu Nasha berada di Kumpulan Febians,Suarannya halus tetapi penuh semangat.Setelah memasuki Amuk,suara Nasha terus berubah dan kini memakai topeng untuk menutup mukannya.Antara koleksi lagu Febians ialah Untukmu Sayang,Penantian,1001 Malam dan Kehancuran Sebuah Kota Cinta.
Sekian~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ROCK LE
ReplyDeleteRNBTV MALAYSIA SOKONG ROCKKAPAK
ReplyDeletehttp://rnbtv.webs.com/
Sayang 1000 kali sayang kumpulan Febians. Saya amat-amat meminati kumpulan ini. Lagu2 nya merdu mendayu-dayu. Saya ada CD koleksinya. Zaman itu amat indah...
ReplyDelete